Salam 1Malaysia dan selamat datang ke laman web Belajar Airbrush, di laman web ini anda akan belajar asas mengenai seni berus angin secara percuma, video airbrush percuma, artikel bagaimana, tips & trik. dan banyak lagi mengenai seni berus angin secara terperinci.
Saya akan cuba sedaya upaya memasukkan artikel yg terbaru dari masa kesemasa dan mengharapkan pengunjung selalu datang dan sila book mark laman ini sebagai rujukan untuk memudahkan anda.
Matalamat laman ini disediakan adalah bertujuan memberikan pembelajaran seni berus angin secara mudah dan senang difahami.(kita sama sama belajar).
Jika matalamat anda ingin mendalami bagaimana menggunakan airbrush sebagai medium kepermukaan: Helmat/Motorsikal, illustrasi, models, t-shirt, kulit, kraft, kuku, kanvas, tattoo sementara, kereta dll. Anda akan mendapati inilah laman yg sesuai bagi informasi tersebut.
Laman web ini dibina bagi tujuan pembelajaran secara online Percuma dan di selanggarakan oleh BorneoKolorz Muhamad Noor bin Md Yussoff aka Tony Mdy: publisher/editor Belajar Airbrush 1Malaysia.
Mampukah saya belajar airbrush!
S:Siapa boleh belajar airbrush?
J:”saya nak buat garisan lurus pun tak mampu”, saya bukan seorang pelukis”, saya tak pandai airbrush”, “saya bukan orang seni”, “saya tak pernah melukis”.
saya sering mendengar keluhan seperti diatas dari sahabat dan teman;Jika saya melayan dan mendengar keluhan tersebut ternyata hari ini Tidaklah saya menjadi artis AIRBRUSH.
Harap anda berhenti mengeluh dan jangan memberikan alasan, pegang airbrush dan CUBA sekarang!
Jadikan setiap kesalahan sebagai positif elemen dalam berkarya dan ianya hanyalah warna atau lakaran jika berlaku kesilapan, ulangi dan perbaiki, latihan akan menjadikan kita mahir! Jangan terlalu tertekan. Tiada siapa yang dilahirkan terus sebagai artis dan pandai menggunakan airbrush, semua ini perlu dipelajari, rilek dan enjoy, pasti ianya menyeronokkan.
Jika saya mahir dalam seni ini pasti anda pun mampu belajar. Ia hanyalah warna. Rilek dan berseronoklah..
S: Tapi saya tak pandai melakar bolehkah saya belajar airbrush?
J: Menggunakan art projektor, stensil atau template semua orang boleh belajar airbrush.Ramai kalangan artis airbrush terbaik pun menggunakan tool/alat tersebut dan ini bukan alasan kenapa anda tidak perlu mengunakannya!
Lukisan adalah pembelajaran visual yang dilihat dalam objek berkaitan persekitaran kita sendiri, perpektif dalam kata lain. Berapa besar penglihatan kita terhadap mata dan hidung, dimana hubungan objek ini berhubungan garisan dengan satu sama lain.
Menggunakan projektor dapat membantu anda memahami hubungan dan dalam proses latihan ini dapat membantu anda memahami kaedah airbrush dan lukisan/lakaran. Semua ini berkaitan pembelajaran, latihan asas sehingga anda berkeyakinan dan mendapat skill airbrush. Menggunakan kaedah stensil atau template dalam airbrush adalah antara satu kemestian dalam dunia seni berus angin dan ini tidak memerlukan kemahiran maxima dalam kemahiran lukisan.
S: OK saya nak belajar airbrush dan bagaimana saya memulainya?
J: Pertama, apa hala tuju anda; kereta, motorcycles, t-shirts, kraft, models, seni halus, murals, helmets? Dengan ini anda mampu membuat persediaan rujukan berkenanan dan berkaitan medium yg anda pilih.
S: Set airbrush mana yang sesuai utk saya?
J: Saya syorkan penggunaan set airbrush jenis double action, alasannya adalah ianya dapat berfungsi mengawal angin dan warna. Ciri-ciri set ini mempunyai cawan tepi, atas dan bawah.
S: Kompresor angin mana yang sesuai?
J: Ini mengikut kemampuan bajet anda sendiri..nak yang senyap anda perlu keluarkan modal lebih tetapi berbaloi untuk jangka waktu panjang atau yg menggunakan single piston(mengeluarkan bunyi). Anda buat pilihan!
